Hai !! weLcoMe tO my pagE..

Tuesday, May 10, 2011

paNasNya!!!

Panas! panas! panas! tu la ayat yang hampir setiap hari terkeluar dari mulut aku dan kawan2 satu tempat keja. badan berpeluh sepanjang hari dari pagi sampai malam. belengaih aih!! (ayat org kedah) . Itu la apa yang aku rasa sejak minggu lepas. Terasa rumah ku berbahang dan tidak seperti selalu. Hujan pun dah jarang turun kat aloq setaq sejak minggu lepas. Bahang dan panas memang terasa sehingga ke malam. Ingatkan aku sorang sahaja yang terasa bahang panas nie, orang lain pun terasa. Dulu ada jugak rasa panas macam ni, cuaca panas dan bahang ni kalau tak silap aku sebab perubahan angin yang berlaku pada negara lain di asia tenggara. Tapi entah la aku pun ingat ingat lupa.

Terasa nak je duduk dalam peti ais atau mandi dalam kolam ais sejuk. Satu lagi nak je ON kan aircond seharian untuk atasi masalah panas nie. mau je bila cek bil elektrik hujung bulan nah hai!! tinggi bil eletrik nanti. Hahaha. 
 
Tadi sempat aku baca berita harian online, mana la tahu ada info berkenaan dengan cuaca panas ni . Elok juga aku access berita online ni, ade pulak berita mengenai cuaca panas ini yang dikeluarkan oleh jabatan kerajaan tersebut:

Berikut adalah petikan berita:

KUALA LUMPUR: Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.

Beliau berkata, keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina, meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini.

"Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering," katanya.

Namun, beliau berkata keadaan cuaca yang panas seperti itu adalah normal pada Mei dan ia lebih rendah berbanding suhu yang dicatat pada Mei 1998.

"(Pada 1998) di Chuping (suhunya 38.9°C), Alor Setar (37.5°C), Lubuk Merbau (37.0°C), Melaka (38.0°C), Batu dan Kuala Krai (38.0°C)," katanya.

Saw berkata, keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering dan menjadikan api mudah marak, seterusnya boleh menyumbang kepada jerubu.

Beliau menasihatkan orang ramai mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya meminum air dalam kuantiti yang banyak," katanya. 
 
 

Sementara itu, di beberapa kedai elektrik sekitar bandar raya Kuala Lumpur, jualan pendingin hawa meningkat.

Penolong Pengurus Courts Mammoth Cawangan Cheras, Abdul Rahim Mohammad, berkata dua tiga hari kebelakangan ini, banyak pelanggan yang membeli pendingin hawa.

"Saya tidak dapat memberikan jumlahnya tetapi memang kami ada dapat banyak tempahan daripada pelanggan," katanya.

Syarikat Sen Heng Cawangan Kepong juga mencatat peningkatan penjualan produk itu dalam tempoh seminggu lalu.

"Satu minggu saya rasa purata dalam 12 unit. Semalam sahaja empat hingga lima unit dijual. Sebelum ini tidak seperti sekarang, saya rasa ini adalah disebabkan faktor cuaca sekarang," kata jurujual, Mohd Hairani Abdul Wahab. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment

silakan komen..

Anda mungkin juga meminati :-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...