gambar nie sekadar hiasan yer..
hye u allz...nak citer nak citer ni..hehe actually seminggu yang lepas, aku dengan my love aku telah menjalankan satu projek baeekk punya..oooppsss!!! hye korang jangan nak pikir lebih2 yer..haa...babap karang..haha ..projek yang aku maksudkan tu adalah projek "make our garden"..
dek kerana member mukabuku aku (facebook) yang bernama Achik telah menguploadkan gambar pokok bunga orkid yang sedang galak berbunga indah hasil tanamannya sendiri..lantas membuatkan aku jeles yang teramat melihatnya, secara tak langsung timbul semangat aku nak jugak tanam pokok bunga orkid macam tu..heee.. apa lagi aku pon mintak la cikit tips macam mana nak tanam pokok bunga orkid dan berbunga indah macam mn yang dia tanam.
aku bernasib baik sebab tak perlu keluarkan duit untuk beli anak benih pokok orkid. nak tahu kenapa??anak benih turun dari langit ka??hahaha..tak da la..actually dekat rumah aku ni ( yang sebenarnya rumah mak n abah mentua la.huhu) memang dah ada pokok orkid, cuma pokok tersebut kurang mendapat perhatian semenjak mak n abah mertua aku berpindah ke kulim.aku pulak baru ja dapat tukar dan dapat duduk sebumbung dgn my love aku ni ha...(laa..dh kawen rupanya kah..kah..kah..)
pokok bunga orkid ni,kalau tak mendapat perhatian n kasih sayang dari tuannya maka dia pon merajuk tak nak berbunga la..haa.. sampai macam tu sekali noh rajuk si pokok orkid.
so apa lagi, aku ngan my love aku menjalankan projek kami n disini aku kongsikan sedikit tips2 menanam pokok bunga orkid hasil bertanya dr kawan facebook aku iaitu achik dan hasil dari carian aku melalui en.google :-
1) Susahkah menanam orkid?
“Saya minat orkid tapi high maintenance la….”
“Mak cik minat tengok je nak tanam tak reti..”
“Orkid ? Susah la, bunga masa beli je lepas tu tak mau bunga dah..”
“Orkid mak cik banyak mati, siram, baja semua cukup dah, tu yang frust dah nak jaga orkid.”
~ iklan sebentar ~
_________________________________________________________
2) Media penanaman orkid
Penanaman orkid memerlukan kita menentukan media yang sesuai mengikut habitat asalnya.Terdapat beberapa jenis media yang biasa digunakan oleh peminat orkid. Bergantung kepada penanam untuk memilih kesesuaian media mengikut iklim mikro* kawasan penanam anda. Setiap media diterangkan secara ringkas untuk memudahkan anda mendapatkan gambaran penggunaannya.
a. Pecahan batu bata
Salah satu media yang popular digunakan dan mudah didapati. Digunakan untuk menanam orkid epifit dan orkid memanjat. Biasanya dicampur sekali bersama dengan pecahan arang. Biasanya penulis mendapatkan sumber pecahan batu bata ini di kawasan pembinaan perumahan.
Teknik menggunakan;
i. Sebelum menggunakan batu bata hendaklah direndam di dalam racun kulat selama semalaman. Selepas itu angkat dan keringkan.
ii. Pecahkan batu batu kepada saiz besar, medium dan kecil mengikut kesesuaian pasu.
iii. Letakkan pecahan besar di bawah pasu, diikuti dengan bersaiz medium dan kecil.
iv. Tanam orkid di atas permukaan pasu. Jangan timbus pangkal orkid anda. Untuk tegakkan orkid yang tinggi, boleh gunakan kayu pancang sebagai sokongan.
Nota : Pangkal orkid simpodial tidak boleh ditimbus semasa menanamnya kerana dipangkalnya terdapat beberapa mata tunas yang akan membentuk anak kelak.
b. Pecahan arang
Juga media yang popular dan mudah didapati di kedai kedai runcit. Digunakan untuk orkid epifit dan orkid memanjat. Digunakan bersama dengan pecahan batu bata.
Teknik menggunakan:
i. Rendamkan arang selama semalaman untuk membuang garam. ( kerana arang diperbuat daripada kayu bakau yang tumbuh di tepi laut).
ii. Siram arang menggunakan aliran air supaya sisa garam dapat dibuang.
iii. Ikut teknik seperti menggunakan pecahan batu bata untuk langkah seterusnya.
selamat mencuba..
p/s : nanti bila pokok bunga orkid i dh berbunga, i akan uploadkan gambarnyer..(klu berbunga la yer..haha)
menarik...jom kita kongsi2 pengalaman mengenai anggerik..
ReplyDelete