salam....
seperti tahun2 yang lepas, bila tiba musim cuti sekolah saja pasti ada kenduri sana sini. termasuk la aku dan suami, semalam sabtu 12/3 dalam satu hari tu sahaja, kami kena attend 4 buah kenduri tau. tu belum termasuk kenduri yang ada kat kg aku. kenduri kat kg aku wakilkan mak n abah jer la.hihi ... lama2 sekali dapat makan nasi minyak mmg best! nak tahu pasai pa? haha sebab aku tak kena masak cuti hujung minggu ni, tu yg best. pinggan mangkuk, periuk belanga masing2 happy sebab aku tak ganggu diorang minggu ini dengan masakan aku yang selalu ja spoil dek kerana hangit! huhu...
kami keluar awal dari rumah, first kitaorang pergi kenduri rumah cikgu aziz kat kuala sungai. fuhh! memang sedap masakan kt rumah cikgu terbaekkk dari ladang. dan yang menarik, cikgu aziz ni buat kenduri kawen 2 pasang sekaligus. sama padan sama cantik.
untuk rumah yang kedua ni lak rumah kawan baik aku. dulu kitaorang study sekali kt polimas jitra. dulu, beberapa tahun yang lepas aku pernah pergi rumah member aku yang sorang ni. siap tumpang tido lagi. dh lama sgt dah aku tak pergi kan..so kali ni nak pergi rumah dia la. dalam kepala aku ni ingat2 lupa jalan nak pegi rumah dia. kad jemputan tak dak, sebab dia just jemput melalui FB. suami ada tanya sama ada aku ni masih ingat jalan atau tidak. hehe macam besa la, mesti la jawab masih ingat. lavel confident mesti tinggi.! cari punya cari, pusing punya pusing hampir 2 jam jugak la kami tak jumpa rumah kenduri. kitaorang hampir give up dh. ingat nak balik macam tu ja. dalam keta jangan kata la..macam2 dh keluar dari mulut ni. masing2 pakat berbalah tak nak mengaku kalah. aku salahkan suami, suami lak salah kan aku. masing2 ego!.haha yang lawaknya kami sengaja tak nak tipon member tu sebab ego jugak la, tak nak di kata dh lupa jalan tu yg puncanya..lalalala....tapi hampir pukul 5 kitaorg sampai jugak tu pun sebab, bertanya pada sorang pakcik guard yang berkerja di sekolah yang berhampiran. Alhamdulillah... ^__^ tahniah kawan..semoga bahagia dunia akhirat!!
seterusnya, rumah ketiga, rumah kawan baik satu rumah sewa kt polimas gak. tapi dia kos lain. member ni kawan aku so my love mmg tak kenal la. just jadi teman aku ja la. mmg dh lewat sgt dh masa tu. rasa mcm malu ja nk p, tapi aku n my love ambek keputusan utk pegi jugak. tak makan pon tak pa, janji dapat jumpa kawan. sesampai ja. mmg btol la, orang pon dh tak da, yg tinggal may b sanak seudara dia ja la kot. khemah pon tgh nak punggah. malu memang malu. tapi kitaorang gagahkan diri jugak turun dari keta sambil menebalkan muka 14 inchi bertanya nak jumpa pengantin. nasib baik member aku ada. member aku pon dah siap mandi dh haa..tak sempat nak tgk wajah dia dalam pakaian pengantin..huhu Dan secara kebetulannya, si suami kawan baik aku ni rupa2nya kawan dengan suami aku time sekolah tingkatan 6 dulu. haha pusing2 jumpa jugak! sembang pon jadi panjang la coz byk citer. maklum la jejak kasih keh..keh..keh..
kenduri ke-4 terpaksa kitaorang cancel.mmg dah tak sempat sgt dh.jauh pulak tu....huhu sori yer haiza..selamat pengantin baru!!!
No comments:
Post a Comment
silakan komen..