Hai !! weLcoMe tO my pagE..

Thursday, March 3, 2011

HappY 1st Anniversary

hai korang... MySpace hari ini adalah hari yang paling istimewa bagi aku 27/02/2011 adalah tahun pertama ulang tahun perkahwinan aku dengan my beloved husband iaitu Muhammad Asyieq Bin Abdullah. pejam celik pejam celik tak sangka dah genap setahun dh pon perkahwinan kami. terlalu pantas masa berlalu bagaikan baru semalam saja kami di ijab kabulkan. (feeling sat).. dan paling tak tak tahan..aku rasa bagai baru semalam ja kami baru bercinta..keh.keh.. cakap pasal bercinta ni, mula la teringat zaman mula nak couple..fuhh bahagianya saat dan ketika itu seolah2 dunia ni hanya aku dan dia (my love) empunya. nah dasyatkan cinta kami.

okeh! terlanjur bercerita pasal C.i.N.t.A ..apa salahnya kalau aku ceritakan sedikit secara ringkas macam mana kami boleh berkenalan. bertitik, tolak, tambah,bahagi dan sewaktu dengannya melalui kursus pertama yang kami hadiri, iaitu kursus jawatan kami Juruteknik Komputer di JPN Kedah. my love aku ni dulu keja kt JPN dan urusetia pulak dgn kursus yg bakal diadakan ni. apa2hal atau ada masalah dari juruteknik2 kedah yang nak kena pergi kursus tu dia la yang kan uruskan termasuklah dengan aku sekali. Dan sememangnya aku bermasalah time tuh..(hehe bermasalah btol la minah ni!!) ermm..aku lupa la apa masalah aku masa tu..yg pasti aku ada call la JPN untuk setelkan masalah aku tu..aku call En.Kadir ( Penolong Pegawai kt JPN tu lah..)

aku : hello..assalamualaikum en. kadir...
En.kadir : walaikummussalam..ya??
aku : En...saya lieza dari Sk Petani jaya nak tanya pasai..bla..bla.. (aku lupa la..sorry yerr)
En. kadir : ok tak pa, awak cakap dengan pembantu saya ni, dia akan bantu.
                                                    ..................................
pembantu tersebut : hello..
aku : (terdiam seketika..amboi..sedapnya suara dia..suara macam gentleman habis! mesti hensem ni..hehe kata aku dalam hati. gedik!)
pembantu tersebut : hello......
aku : err..hello..en...saya nak tanya...bla....bla..bla...bla.... 
kira lama la jugak aku bersembang dengan pembantu en.kadir ni..dan keputusan akhir di ambil untuk berjumpa depan pintu pejabat JPN.

~ esoknya...

sesampainya aku di depan muka pintu pejabat JPN bertemankan seorang kawan aku, maka mamat merangkap pembantu en. kadir ni pon keluar sambil di tangan membawa beberapa helai kertas seperti yang dijanjikan semalam.. dari jauh mataku melihat mamat tu keluar dari pintu pejabat dengan langkah penuh bergaya dan control hensem la konon. lengkap berseluar slack hitam dan berkemeja jalur blueblack. "wah! boleh tahan hensem mamat ni..erm.. " MySpace berkata-kata gedik dalam hati aku..hehe setelah bercakap selama beberapa minit aku dan kawan aku di bawa ke satu tempat yang tak jauh dari situ. ( bagunan BTN) lebih kurang asrama la, sebab nak kata hotel mmg tak macam hotel sgt pon (haha..jahat2) dan bertemu ramai kawan2 yang seangkatan (jawatan yang sama) sebab kursus berjalan selama beberapa hari, seingat aku 3 hari 2 malam kot. sepanjang kursus berjalan, kami mcm biasa  jer. al -maklum la, mana  kenal sgt. masing2 pakat jual mahal.hahaha.. aku lagi la, klu si lelaki tu jual mahal, aku berganda2 mahalnya. haa..hambek ko!. tapi pada masa tu aku mmg heran gila kt mamat ni sebab dia baik ngn kawan aku yang sorang ni. shhhh.. si kawan aku tu pulak adalah tomboy. heran jugak aku time tu, agaknya test dia  mmg minat perempuan tomboy la kot..tapi kawan aku dulu jer tomboy sekarang tidak dah malah makin ayu lagi tau. alhamdulillah terbuka juga pintu hati dia untuk berubah. apa??? nama dia sapa?? err..jangan la tanya, tak baik tau.. tapi malangnya bukan disini cinta kami berputik. hanya saling memendam rasa ja. aku pulak jenis malu. malu ker??? mesti la malu..dan mmg prinsip aku yang tak suka 'perigi cari timba'.. cinta kami berputik pada kursus kali ke 2 di UUM Sintok. disana la terlakarnya sebuah kenangan yang sangat indah dan tak mungkin akan ku lupakan. sehingga hari ini, kalau aku teringat kembali insiden-insiden yang berlaku antara kami aku pasti tersenyum sorang2... ^_____________^   MySpace

wah..panjang lebar aku bercerita kan..penat la..stop dulu la na.. MySpace apa?? sambung? erm..penat dh jari jemari aku ni haa..lain kali la na..penat ni..promise.. bila mood datang sure aku akan sambung lagi citer ni hokkeh? yang pasti hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan kami yang pertama maka, kami ambek annual leave untuk  celebrate  hari yang penuh bermakna ini dgn pergi dinner di satu restoren agak best jugak la.then makan..makan..n makan haha! actually kami dh plan untuk pergi second haneymoon yeehaaa! tak sabarnya menunggu hari itu. dimana? bila? nanti aku story again yer heee jagan marah. May be sempena birthday aku yang akan datang jugak kot.

lastly..to My Beloved husbanD Muhammad Asyieq Bin Abdullah HappY 1st Anniversary, teriMa kasiH diAtas seGaLa penGorbanaN & kesaBaraNmu seLaMa iNi...SemoGa rumaHtanGGa kita dibeRkati ALLAH S.W.T & bertamBah kaSih sayanG diaNtaRa kita..Amin. (^^,) i love u so much..much..much..
ummuuaaahhhhhh!!!! MySpace

kat bawah ni ada gambar kitaorang time majis akad nikah ari tu,untuk tatapan korang sumer...so tatap la puas2 hehe..









 











 
















No comments:

Post a Comment

silakan komen..

Anda mungkin juga meminati :-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...